Nasi Goreng Nenas
Kali pertama menjejakkan kaki di sini, aku memang kagum dengan dekorasi dalam kedai yang seolah-olah membuat aku berada betul-betul di perkampungan di Thailand. Senibina kayu yang memukau.
Tengok menu pula, semuanya nampak sedap sebab disertakan dengan gambar sekali. Nasi goreng nenas.
Tengok gambar pun dah terliurkan? Aku yang tengok depan mata ni apatah lagi. Rasa nasi goreng yang agak manis sebab dimasak bersekali dengan makanan laut seperti sotong dan udang. Ada juga ayam yang dipotong kecil. Tapi kemanisan nasi goreng tu tak keterlaluan sebab diadun bersama cili padi yang membuatkan rasanya manis-manis pedas. Aku makan bertambah lebih dari 3 kali.
Kalau tengok pada rekabentuk restoran, pasti menganggap harga makanan pasti mahal tapi jangan terkejut sebab harga makanan di sini sangat berpatutan dan tidak seperti yang disangka. Memang boleh buat aku datang lagi ke sini. Bukan sahaja sebab makanannya sedap tapi keadaan restoran yang sangat bersih hingga ke dapurnya.
Aku nak ucapkan terima kasih pada Openrice kerana menjemput aku untuk MakanVenture di sini.
Recommended Dish(es):
Pineapple Fried Rice,Pandan Chicken
Other Ratings:Taste
5 |
Environment
5 |
Service
5 |
Clean
5 |
Value for Money
5Recommend
0