Otak-otak
Jangan tak tau. Kat Restoran Krathong Thai ni pun ada Otak-Otak tau! Tapi bukan dibungkus daun secara tradisional macam yang biasa kita tengok sekitar Malaysia ni. Otak-Otak ni diletak dalam bekas aluminium. Apa sebabnya? Tak lain dan tak bukan, sebabnya adalah untuk sentiasa menghidangkan makanan yang baru dimasak terus kepada pelanggan. Tak adalah disimpan berhari-hari dalam peti ais, bila pelanggan order, keluarkan dan masak. Sini semua fresh punya.
Potion agak besar. Memang puas kalau order yang ni. Otak-Otak yang diperbuat daripada makanan laut ni memang membuat kita meleleh air liur. Ada udang, sotong, isi ikan talapia dan kupang. Campuran rasa hasil perapan bersama bahan-bahan rahsia memang wow! Cukup segala rasa manis, masam dan manisnya. Yang penting rasanya langsung tak memualkan. Memang sentiasa rasa nak tambah lagi dan lagi! Sebagai pelengkap hidangan, Otak-Otak ini disajikan bersama hirisan sayur kobis, lobak merah dan salad.
Hidangan ini sangat sesuai untuk mereka yang amalkan diet kerana hidangan ini lengkap dengan segala nutrien yang diperlukan.
Other Ratings:Taste
5 |
Environment
5 |
Service
5 |
Clean
5 |
Value for Money
4 Recommend
0