Ini pengalaman kali pertama saya mencuba dan singgah di Restoran Tasik Indah atau lebih dikenali dengan Restoran Terapung, Shah Alam. Masa sampai agak impress kerana tempatnya yang nampak agak menarik dan santai.
Suasana di dalam restoran. Banyak tempat duduk dan agak selesa.
Viewnya agak cantik melihat tasik. Sejuk mata memandang. First impression sebelum makanan sampai agak impress.Kami pun order makanan kami. Tengok dari menu, harga nampak agak mahal. Tapi, kalau makanan sedap, apa salahnya kan? Lagipun baca review, banyak juga review positif tentang restoran ini.
Air yang kami order. Teh O Ais Rm3.50 each. Air buah mangga RM5 each. Sebelum air ini sampai mereka sediakan Chinese tea dan kacang sebagai pembuka mulut. Actually both of us memang tak minum mana chinese tea dan kacang, tapi diorang dah kasi, terima je la. Lagipun, diorang takde cakap apa, so assume 'free' la ni.
Telur dadar. Rm10 . Mahalnya. Nasib baik rasanya OK la. Macam rasa telur dadar di kedai-kedai yang lain.
Sayur campur. RM14 satu pinggan. Rasanya boleh tahan juga. Ok la.
Main dish. Ikan siakap masak pedas. Digoreng terlebih dahulu. RM45.50 tak sampai 1kg. 100g ikan siakap di sini harganya Rm6.50. Mula-mula agak terkejut bila sampai ikan ini agak pantas. Tak sampai 10 minit. Bila makan, agak mengecewakan, agak keras, tak rangup dan tidak sedap bagi kami berdua. Yang kami lagi tak suka, siap ada petai. Tak semua orang boleh makan petai, diri sendiri termasuk. So, main dish agak mengecewakan. First time order ikan siakap kami tak habis makan. Enough said, tidak kena dengan selera kami. "Indah Khabar dari Rupa"
Part ini paling mengecewakan. Rupa-rupanya titbits, air kosong dan chinese tea dikenakan charge. Masa bayar memang saya melenting. Saya cakap kenapa tidak inform terlebih dahulu? Dia cakap customer marah bila diberitahu kerana dah ada dalam menu. Umm, kalau kami order memang kami tak kisah ditambah pula first time kami singgah ke sini.
Overall experience, sangat mengecewakan. Ini kali pertama dan kali terakhir saya singgah di restoran ini rasanya. Harga agak mahal, rasa makanan tidak menepati citarasa kami.
[VDO:5]
Date of Visit: Oct 12, 2013
Spending per head: Approximately RM45(晚餐)
Other Ratings:Taste
1 |
Environment
4 |
Service
2 |
Clean
4 |
Value for Money
1Recommend
0