Read full review
2013-12-24
1092 views
Akhirnya, tertunailah hasrat di hati untuk singgah di Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara beberapa minggu lepas ketika ambil cuti satu hari temankan Isteri ambil hadiah contest. Tempat ini sememangnya popular di kalangan orang KL kerana menyediakan hidangan Ikan Bakar yang menyelerakan ketika lunch hours dari hari Isnin sehingga Sabtu. Ahad tutup.Nasib baik sampai awal around pukul 12 tengah hari, ikan, sotong dan pelbagai lagi tengah dibakar. Terus membangkitkan selera saya yang belum semp
Nasib baik sampai awal around pukul 12 tengah hari, ikan, sotong dan pelbagai lagi tengah dibakar. Terus membangkitkan selera saya yang belum sempat breakfast lagi ketika itu. Pucuk dicita, ulam mendatang, rezeki jangan ditolak walaupun kena bayar sendiri. Hehehehe Sotong Bakar, Ikan Bakar. Sotong bakar lingkungan harga RM8-20 bergantung kepada saiz. Ikan pula dari RM10-30 bergantung kepada size dan jenis ikan yang dipilih. Saya rembat Ikan Bakar dan Sotong bakar. Ngap, memang menyelerakan dan sedap. Honestly, kalau di KL , ini antara tempat terbaik untuk pekena Ikan Bakar. Menyelerakan. Nasi lemak bungkus pun ada. Berselera Isteri makan. Jemput makan, jangan malu-malu. Saya sampai elok-elok ada satu tempat duduk. Menjelang pukul 12.30 memang penuh dikerumuni orang yang berkunjung datang makan untuk lunch. Kalau time lunch hour waktu kerja, memang takde harapanla nampaknya nak singgah sini. Papa, tambah satu sotong lagi? Hehehe, tipu-tipu, itu ayat eyriqazz. Terus saya tambah Ikan Pari pula. Nyam2, memang berselera sungguh makan. Terbaik dan kena dengan selera kami. Bila la agaknya nak singgah lagi di pekena Ikan Bakar di Jalan Bellamy ini ya? Kedai Kak Jat, Ikan Bakar Gerai No. 3, sememangnya menjadi pilihan ramai.
Hehehe, overall, saya berikan rating 8.5/10 untuk tempat makan ini. Bolehla masuk dalam list antara destinasi @ Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur.
Post